Hi, saya Nor Azura Mohd Puad.
Sewaktu anak pertama saya dilahirkan, sudah tentu saya ingin beri yang terbaik untuknya, namun susu ibu bukan pilihan pertama malahan sekalipun tak pernah terlintas untuk berinya susu ibu.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya memilih penyusuan susu ibu dan saya dapat menyusukan 4 bayi comel dan sihat saya sepenuhnya dengan susu ibu. Perjalanan 11 tahun menyusukan bayi bukanlah sentiasa indah, pelbagai cabaran telah saya lalui sama seperti ibu-ibu yang lain.
Memahami apa ibu menyusu lain lalui telah mendorong saya untuk bergerak aktif berkongsi mengenai penyebaran ilmu penyusuan susu ibu di media sosial semenjak tahun 2013. Saya juga seorang Kaunselor Penyusuan Bertauliah serta Kaunselor Tenangkan dan Tidurkan Bayi 0-3 bulan yang aktif melakukan servis lawatan ke rumah di tempat tinggal saya, iaitu Melaka.