Tahukah anda penyusuan susu ibu selain ia menawarkan kelebihan buat bayi, ia juga mempunyai pelbagai kelebihan buat ibu yang menyusukan?
Malahan kelebihan ini dapat dinikmati seawal pertama kali menyusukan bayi.
Ingat lagi saat pertama kali ibu menyusui bayi semasa didalam kamar bersalin?
Sakit melahirkan bagai dicabut, hanya rasa teruja dan seronok melihat bayi menyusu pada payudara ibu buat pertama kali. Timbul rasa bahagia dan penuh kasih sayang seraya bayi menghisap payudara ibu. Ini disebabkan oleh semasa bayi menyusu, hisapan bayi akan meransang hormon Oksitosin. Hormon Oksitosin atau dikenali juga sebagai hormon kasih sayang, mendorong ibu untuk berasa lebih tenang, serta mengurangkan stress. Ia juga mengeratkan jalinan antara ibu dan bayi.
Penyusuan membantu Ibu selepas melahirkan.
Bukan itu saja, malahan hisapan bayi yang meransang hormon Oksitosin ini juga membantu untuk proses pengecutan rahim ibu yang baru melahirkan. Pengecutan rahim ibu untuk kembali ke saiz asal akan berlaku lebih cepat, sekaligus membantu mengurangkan risiko berlaku pendarahan selepas melahirkan bayi.
Tidur yang mencukupi semasa menyusui bayi.
Apabila anda terjaga pada waktu malam, pemberian susu ibu adalah lebih mudah dan ringkas. Anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bangun dari katil pun dan meneruskan tidur semula selepas bayi selesai menyusu. Hormon Oksitosin juga membuatkan anda lebih mudah mengantuk, lebih tenang dan mudah kembali tidur semula.
Kembali dapatkan bentuk badan ideal anda.
Pernah dengarkan yang anda boleh mendapatkan bentuk badan ideal dengan menyusukan bayi sahaja? Ini kerana ibu menyusu membakar kalori lebih banyak, iaitu sekitar 500 kalori dalam sehari-bersamaan anda berenang selama satu jam. Wow, menarik!
Perancang kehamilan semulajadi
Penyusuan juga boleh dijadikan salah satu kaedah perancang kehamilan dan kadar keberkesanannya adalah 98-99%. Kaedah ini dikenali sebagai Lactational Amenorrhia Method(Teknik LAM). Ia sesuai digunakan jika ibu memenuhi tiga kriteria, iaitu;
- Bayi berusia bawah 6 bulan.
- Ibu tidak pernah datang haid langsung selepas menyusui bayi
Eklusif susu ibu, bayi menyusu sepenuhnya dengan susu ibu dan menyusu dengan kerap serta tidak diberi makanan/minuman lain selain susu ibu sahaja.
Kelebihan dari segi kesihatan.
Penyusuan juga memberi kelebihan buat ibu dari segi kesihatan, seperti membantu mengurangkan risiko,
- Kanser Payudara, risiko dapat dikurangkan sebanyak 4.3% bagi setiap 12 bulan penyusuan.
- Kanser Ovari,
- Diabetis jenis 2,
- Tekanan darah tinggi,
- Kemurungan selepas melahirkan,
- Kerapuhan tulang(Osteoporosis)
Sekarang anda dah tahu, banyak kelebihan penyusuan untuk ibu juga. Penyusuan juga membantu memudahkan rutin anda kerana anytime, anywhere, anda boleh susukan bayi.