Rata-rata sudah mengetahui yang susu ibu ni memberi kesan baik pada bayi. Namun tahukah anda yang Kolostrum mempunyai peranan tersendiri untuk bayi dan sistem penghadaman. Cuba fikirkan kenapa sangat penting untuk seorang bayi yang dilahirkan perlu mendapat Kolostrum?
Susu ibu mempunyai peranan yang penting dalam kesihatan sistem penghadaman manusia. Bayi dilahirkan dengan sistem penghadaman yang steril dan tidak matang, disebabkan itu ia memerlukan bantuan untuk mencipta satu persekitaran yang tepat untuk penghadaman dan perkembangan yang normal.
Apabila Kolostrum diberikan pada bayi, ia menggalakkan pertumbuhan bakteria baik(bifidus flora) didalam sistem penghadaman bayi yang dapat membantu mencipta persekitaran yang tepat ini. Sistem penghadaman yang baik akan membantutkan pertumbuhan bakteria merbahaya dan membantu pertumbuhan sistem imun bayi berkembang dengan baik.
Pernah tak anda bau najis bayi yang sepenuhnya minum susu ibu? Baunya tidaklah terlalu kuat, thanks to this good bacteria yang juga bertanggungjawab menjadikan bau najis bayi minum susu ibu tidak terlalu busuk.
Tapi bagaimana jika bayi diberikan selain susu ibu?
Walaupun hanya sedikit susu rumusan atau makanan lain diberikan pada bayi, ini dapat mengganggu keharmonian Gut Flora-hidupan dalam usus bayi, menjadikan usus terdedah pada serangan bakteria merbahaya dan jangkitan, dalam tempoh 24 jam atau lebih. Sehinggalah bayi diberikan pemberian susu ibu sepenuhnya semula, Gut Flora memerlukan diantara 2 hingga 4minggu untuk kembali normal seperti sebelumnya.
Secara mudahnya bayangkan didalam negeri bernama ‘Usus’ tinggal pelbagai hidupan secara aman damai. Tiba-tiba datang ‘Musuh’(makanan/minuman selain susu ibu) yang telah merosakkan tembok batu negeri Usus, menjadikan ‘penduduknya’ berada dalam keadaan huru-hara dan ketakutan. Apabila ‘Musuh’ berjaya diusir, kerosakan yang telah dilakukan di negeri Usus ini masih memerlukan masa untuk dibaikpulih menjadikan keadaan ini memudahkan negeri ‘Usus’ terdedah pada serangan oleh pihak-pihak lain juga.
Salah satu fungsi penting Kolostrum juga ialah Kolostrum akan meliputi lapisan usus bayi bagi mengelakkan bakteria merbahaya melekat dan kemudian menembusi lapisan usus bayi. Semasa dilahirkan, bukaan sel-sel yang berada di saluran usus bayi masih terbuka dengan luas dan memerlukan sedikit tempoh untuk ia sekata. Semasa bukaan ini terbuka bayi terdedah pada faktor alahan apabila didedahkan pada protein yang asing seperti dari sumber susu lembu atau susu berasaskan soya, dan akan menjurus pada alahan atau Intoleransi pada tahun pertama bayi.
Disamping itu terdapat sekurangnya dua Antioksida yang terdapat dalam susu ibu yang boleh mengurangkan risiko keradangan. Kesemua faktor ini membantu untuk bayi anda mempunyai pertumbuhan sistem penghadaman yang sihat dengan pemberian susu ibu.
Rujukan: Breastfeeding Made Simple-Seven Natural Laws for Nursing Mothers.