White Noise, benarkah ia membantu bayi untuk lebih tenang?

Episod bayi kerap menangis atau sukar untuk ditenangkan bagai satu siri mimpi ngeri terutamanya buat ibu bapa baru. Apa saja teknik disarankan, semuanya akan dicuba.

Pasti anda pernah terbaca tips untuk tenangkan bayi menggunakan White Noise. Tapi apa White Noise ni sebenarnya?

Apa itu White Noise?

White Noise ialah gabungan bunyi yang dihasilkan dari pelbagai frekuensi berbeza dalam julat yang dapat didengari oleh manusia. Gabungan ini menghasilkan bunyi yang harmoni dan menenangkan.

3 ciri White Noise ialah:

  • Monotone(1 tone) bunyi yang berulang-ulang
  • Nada rendah(tidak nyaring dan bingit)
  • Berdengung, seperti bunyi dalam ruang yang kedap.

Contoh white noise dalam dunia seharian kita seperti,

  • Bunyi vakum pembersih
  • Bunyi hujan
  • Bunyi pengering rambut
  • Bunyi ombak
  • Bunyi pancuran air
  • Bunyi kenderaan
  • Bunyi aliran air sungai

Bagaimana white noise dapat membantu bayi lebih tenang?

Salah tanggap paling popular ialah bayi memerlukan suasana yang senyap sunyi untuk tidur. Hakikatnya rahim adalah ruang yang sangat bising, bunyi aliran deras dalam saluran darah, bunyi dari proses pencernaan di dalam perut ibu, pergerakan organ, degupan jantung serta bunyi asing dari luar menjadikan rahim ibu adalah kawasan yang bising, lebih kuat dari bunyi vakum pembersih yang anda gunakan di rumah iaitu sekitar 80-90 desibel(db). Bunyian dalam rahim ini sebenarnya adalah white noise untuk bayi.

Bunyi white noise yang statik dan berulang-ulang ini memberi kesan relaks atau hipnotis buat otak bayi(manusia). Ia memberi suasana yang tidak asing untuk bayi seperti dalam rahim, serta menenggelamkan bunyi hiruk pikuk sekeliling supaya bayi kekal tidur dengan lena tanpa mudah rasa terganggu.

Tips menggunakan White Noise untuk bayi.

Anda boleh menggunakan white noise melalui aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit ataupun membeli alat elektronik white noise yang berada dipasaran. Antara tips penggunaannya ialah

  • Anda boleh meletakkan alat elektronik yang mengeluarkan bunyian white noise anggaran 2 kaki dari bayi.
  • Pasang white noise pada kekuatan 60 desibel(db), jika bunyi persekitaran terlalu kuat anda boleh menaikkan kekuatan bunyi lebih kuat dari bunyi bising tersebut.
  • Sebelum menggunakan white noise, anda perlu memastikan bayi dalam keadaan selesa, sudah kenyang, lampin kotor telah ditukar terlebih dahulu.
  • Untuk langkah lebih optimum untuk menenangkan bayi, anda boleh menggunakan white noise mengikut turutan dalam teknik Cuddle Cure.

1 thought on “White Noise, benarkah ia membantu bayi untuk lebih tenang?”

Leave a Reply to A WordPress Commenter Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top